Followers

Wednesday, March 25, 2015

Jangan Jadi Hamba Otak

Assalamualaikum semua.

Segala perbuatan kita dikawal oleh otak sebab kita selalu je x yakin. bayangkan kalau kita lawan otak. Otak mengatakan yang kita tak akan dapat tu semua tapi kalau kita yang control dan yakin itu semua akan jadi hak kita, apa yang akan terjadi??

Anda boleh lakukan sekarang. Dan lihat hasilnya. Igat biar kita jadi tuan kepada otak bukan otak jadi tuan kita. Perasaan x yakin tu sebenarnya datang dari otak yang mengatakan tidak boleh. Sebenarnya kita yang kena kawal.

Dulu saya langsung x yakin dengan diri saya. Selalu takut untuk melakukan sesuatu, selalu bersifat negetif sampaikan effect pada hidup saya. Tak percaya kan? Saya pun x percaya dgn diri saya dlu. Saya tak yakin yang saya boleh atasi ketakutan utk melakukan perkara yang akan merubah diri saya. Tapi bila saya terus berlawan dan bergelut. Kini saya yakin, saya harus atasi kelemahan saya yang berpunca dari otak.

Bila lakukan sesuatu, yakin lah semuanya akan benar2 terjadi...

chill n relax

Sunday, March 22, 2015

SIAPA KITA

Bila dunia semakin moden,
bila dunia semakin mereput (Dah  tua)

Kita dah tak kenal, siapa yang melahirkan, siapa yang menjaga kita sejak lahir, siapa yang menyapu ubat bila kita luka akibat terjatuh. Semuanya kita lupakan bila kita sudah dewasa.

Senang kan orang sekarang melupakan, sebab mereka dah besar, semua dosa mereka yang tanggung. Macam tu sekali mereka boleh suarakan depan ibu bapa.

Tapi paling sedih, bila kita sakit sampai tidak boleh bangun dengan sendiri, siapa yang paling kita cari?? Mak sakit mak (sambil menitis air mata) bagaimana dengan ibu yang menjaga kita?? Cuba nampak tabah supaya anaknya tidak melihat air matanya. Bila kita tak boleh bangun, siapa yang menyucikan diri kita dari najis ringan dan berat?? Ibu, orang yang paling risau mengenai kita. Bagaimana dengan kita?? Kita lupa siapa kita.

Bila kita sihat, dah boleh jejakkan kaki ke tanah semula, pernah kita igt orang yang menjaga kita waktu kita sakit?? tak pernah malas kita terus menyakitinya dalam diam. Bagi dia kita semuanya tak kena, tapi sebenarnya mereka cuba menasihati kita. Itu ke yang kita panggil dunia sekarang makin tua??

Anak2 sekarang lebih pentingkan orang luar, orang yang masih belum ada kaitan dgn kita. hari demi hari kita x pernah nak abiskan masa dgn kedua ibu bapa kita. apa yang kita cari? cari kebahagian dari org luar yang belum tentu membahagiakan kita.

Ibu tak pernah meminta untuk di beri duit tapi itu memang menjadi keutamaan kita sebagai anak. Kenapa berat menghulur walau rm50?? Sebab kita rasa ibu masih ada bapa yang boleh menjaga, tapi pernah kita selami perasaan mereka? susah ke mereka, senang ke mereka? Kita semua tak pernah nak mengetahuinya. Sebab apa?? Sebab kita dah lupa siapa kita sebenarnya.

Pergilah engkau mencari kebahagiaan dunia luar, namun bila hati seorang ibu terluka, kau tak akan pernah bahagia dunia akhirat mu.

Saturday, March 21, 2015

Semua orang tak perfect

Assalamualaikum semua reader!!

Well, kenapa dengan tajuk saya harini??
Dalam dunia ni ada pelbagai jenis orang actually.

Ada orang perfect sebab dia pk dia perfect.
Ada orang cantik sebab dia perasan dia cantik.

Wah, betul ke statement saya ni??
Hehe, jangan marah2 ye semua. Sebenarnya kita tak akan perfect walaupun kita rasa kita ni dah perfect sgt, sebenarnya tak.

Macam saya, ramai orang kata saya cantik, tapi bukan merendahkan diri, sebab saya tau kekurangan pada diri saya. Kerana kita semua tau kekurangan diri kita, cuma kita saje yang tau takat mana diri kita. Saje merepek tulis supaya yang membaca pening kepala. Haha.

Percayalah semua, walau kita cuba jadi perfect pada semua orang, kita tak akan pernah jadi perfect sebab apa? Sebab manusia kini tak sama seperti dulu. Depan kita mereka puji kita belakang kita mereka caci maki kita. Itulah hati manusia sekarang. Tapi, saya tak nak menyalahkan sebab kita semua tak perfect.

So apa yang kita semua perlu buat?? Perbaiki hati kita sendiri sebelum nak perbaiki hati orang lain. Buka hati untuk terima kritikan. Simpan dalam2 lalu jangan bermusuh atau berdendam tapi pasrah kan hati. Sebab kita kan ada allah, tempat kita berteduh dan berlindung. Sabar itu la yang sepatutnya kita semua lakukan.

Tak perlu memuji diri kita cantik, pandai atau sebaliknya kerana kecantikan yang kita dapat datang dari nya. Sekali dia tarik semula, jangan pernah membencinya tapi bersyukur atas segalanya.

Tuesday, March 17, 2015

Sambil Menyelam Minum Air

Assalamualaikum semua,

Fuh, lamanya x update blog. Rindu saya x ni?? Hehe.

Beberapa hari lepas, gamat sikit hari saya sebab apa? Sebab kena pergi terengganu menghantar sepupu sambut menantu kat kerteh terengganu. So kiranya sambil menyelam minum air la deh. Hehe.

Perjalanan kami bermula pada pukul 10 malam dan sampai pada 11.30 pagi di rantau panjang, perh patah pinggang tu..Mau tak nya dekat 12 jam kat bas sahaja, tido dekat bas makan dalam bas, sib baik la mandi kt rumah penginapan, melampau benar tu kalau mandi pun dalam bas. Haha, jangan marah.

So kalau dah singgah rantau panjang, apa lagi kan?? Jadi huru hara jap kehidupan, mana tak nya, kan orang datang rantau panjang untuk bershopping. Memang gila2 la kalau makcik2 ni bershopping. sampai penuh bas tu d buatnya. haha
Seronok sebenarnya tengok dorang ni shopping, tak pikir duit terbang banyak, yela dah makan angin kan. apa lagi, shopping tu menjadi keutamaan. 

Settle shopping kat rantau panjang, kita org gerak g homestay, itu pun amik masa 2 jam jugak perjalanan, pukul 4 petang baru sampai. Bayangkan berapa lama dalam bas. Memang penat la sesangatkan. Hehe. Tapi itu pun plan yang sebenar lepas rantau panjang nak ke pasar payang kuala terengganu, tapi driver dah penat. cancel semua. apa pun tak leh. Xdpt la nak beli kepok ganu wey....

Tapi, tenang sekejap hati melihat pemandangan belakang rumah dekat homestay. 
gambar tak di edit ye. Indahkan ciptaan allah ni. Time ni pukul 7 ke atas, matahari nak terbenam dah.

Al kisahnya, sejak tengah hari belum makan tengah hari lagi, dah cancel nak ke pasar payang, tak d inform awal2. pening2. dah yang mengikut kebanyakkan orang tua2. sian perut dah masuk angin, kol 9 malam baru sampai makan malam. ha tu dia, sampai kol 9 malam puasa nya. Sib baik lah belah lelaki ada anta makan. kalau x nak makan camner? orang drebar bas dh lari cari hotel..apa daaaaa...

So hari ahad gerak nak ke majlis sambut menantu, selfie dlu la yew...

saje nak try jadi model. mana la tau kot2 dapatkan. kekeke.

So kol 12 gerak dah tapi sebelum bergerak tu pujuk abe drebar bas tu, nak jugak ke terengganu, tlg la bang, nak beli kepok ganu ni...huk huk, sebab kepok ganu lebih ikang. hehehe. jangan marah deh org ganu. Driver bas tu sebenarnya tak nak, nak gak balik ikut gua musang, aisy pelik nya, saya customer, dah bayar kot duit. bukan percuma, dah kenapa tak nak ikut ckp customer alwayz right ni??

puas duk pujuk, semua pun pakat gak nak ke terengganu, semuanya nak cari keropok ganu ni....abg bas tu ckp, tengok dlu la ye. alasannya, takut esok ada yang keje. saya pun keje jugak tapi ok je???
ermmm layanzzzzzzz

share gambar selfie sikit. hehehhe. mana pengantin perempuan, kenapa mereka semua ni..hahha..kaki selfie beb. biasa la tu kan..

selesai majlis, kol 1.30 dah cabut dari rumah pengantin. semuanya nak cepat sebab nak kejar pasar payang. hahaha. Tak menyabar betul mereka semua kalau bab2 shopping ni kan. 

Ok dah dapat gerak cepat, so jadi la ke pasar payang kuala terengganu, fuh berpeluh duk pujuk. mau tak berpeluh tengah panas terik duk pujuk. hahaha. akhirnya, dapat la jugak ke sana.
yahooooooo....ni la dia idaman kalbu. sodap sebab rangup bila d goreng.

memang sangat2 mencabar mentaliti sebab lebih dalam bas je. Jalan cuma sekejap. tapi memang ada plan nak visit again terengganu bulan may nnt sempena cuti hari pekerja kan. in sha allah, semoga semua berjalan dengan lancar. itu la pengalaman dan kenangan.
jumpa lagi la ye ganu. rindu ke awok..kalau dulu selalu mari ganu. sekarang payoh dah..



Saturday, March 7, 2015

PERKARA AKAN BERLALU TAPI KENANGAN AKAN KEKAL

Assalamualaikum----


Kadang2 ada yang manis sampai tak boleh lupa tapi ada jugak yg xnk mengigat bcoz pahit.
Begitulah adat resam dunia. Kenapa kenangan tu akan kekal dalam diri kita sebab bila sesuatu perkara itu terjadi pasti ia akan jadi memory. Ibarat data2 dlm fon kita, jika membalas mesej,email ataupun mengambil gambar ia akan merakamkan memori tersebut di dalam telefon.
Tetapi, tahukan anda jika anda memadam semua data2 spt msg dan perkara yang anda xsuka nak igt didlm fon sebenarnya data2 tu leh recovery balik. Eh betul ke ni? Betul, cuma teknologi ni xde kot kat malaysia. hihihi.. kalau ada pun belum pernah jumpa.

Ok, jom selami semula kenangan kita, waktu kita kecil, zaman persekolahan, zaman remaja, waktu bercinta, berkahwin dan pertama kali menimang cahaya mata. betul ke menimang? haha. sebut je la kan.

Kenangan tu susah nak padam kecuali kalau kita ada penyakit insomnia yang xkan boleh igt sampai bila2. kira memory kita totally lost la kan. Mana tak nya, kalau fon pun dah padat sgt dgn data pun boleh rosak inikan pulak kita ni manusia. 

Bila mengimbau kenangan lama, mesti kita akan senyum sorang2 ataupun malu pada diri sendiri atas beberapa perkara kan. Yela zaman budak2 kita mcm ni nakal la, sampai kena mrh, lari rumah. Lari rumah pun bukan lama, 2 ke 3 jam balik la. hahaha. nak lari ke mana.. kalau dulu bebasnya kita ni sbg kanak2. xbyk jenayah penculikan spt skrg. Apa2 pun, semuanya adalah kehendak allah.

Simpanlah kenangan indah kita dan cubalah padamkan kenangan pahit kita supaya kita happy dan gembira dgn kehidupan kita. Sebab apa, yang menjamin masa depan kita adalah siapa kita skrg dan bkn masa lalu kita. 

Hargailah detik2 terindah, bersama keluarga, ibu bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat atau sesiapa sahaja yang membuat kita gembira. 

 

Wednesday, March 4, 2015

Pengalaman Itu Paling Berharga

Assalamualaikum semua blogger,
Sihat ke anda? ceria tak anda??
Hehe, Menyapa dulu baru la nak berlagu.

Kenapa saya kata pengalaman itu paling berharga? Kerana pengalaman itu yang mendewasakan kita.
Sebut pasal pengalaman ni, teringat masa saya buka kedai kecil-kecilan dan sewa tapak pun dalam RM20, masa tu berniaga kek je, buat kek lepas tu jual dekat gerai kecil.

Gerai tu dalam salah sebuah shopping complex. Nama xperlu sebut la, nnt jadi masalah besar. Di chop plak anti dengan semua tu. Jadi saya bermula dengan online, tapi biasa la kalau online kan ada pasang surut. Kadang-kadang tu ada la ramai yang nak kadag2 langsung xde. So apa yang saya perlu lakukan, saya terpaksa buka booth, yela tak kerja, gaji pun xde. Amik keputusan cari duit lebih melalui situ dan pulak kalau kek ni cepat sgt la xpired date nya..2 minggu je dah x boleh makan. so kna la cepat2 abiskan.

Nak di jadikan cerita, adalah dalam 1 hari ni, datang awal pagi setiap ahad, kita tiada tempat tetap, mna ada meja kosong sambar kan aje, So tersambar la 1 meja kosong depan kedai, ini pun yang sediakan pihak shopping complex. kita tak tau sebab baru-baru nak bermula. Datang orang kedai ni, ibarat macam tak berpuas hati sebab kami duduk betul2 depan kedai dia. Rupanya meja tu dia yang nak sewa. Tak boleh nak cakap baik-baik ibarat macam nak bergaduh je menghalau. Saya dan adik pun tak banyak bercakap, sebab tak tahu menahu, jadi kami pindahkan meja tu kedepan dan ke tepi sikit supaya tak menghalang kedai tersebut.

Dari situ, saya faham, bukan mudah nak berniaga jika tiada ilmu. bukan mudah nak berniaga jika tiada pengalaman. Jadi saya dah dapat 1 pengalaman yang paling berharga sbenarnya dan saya ingat sampai sekarang

Sebab tu la pengalaman itu mengajar kita menjadi lebih dewasa...
Pengalaman bukan melunturkan semangat, tapi menaikkan semangat


DALAM REZEKI KITA ADA REZEKI ORANG LAIN

Assalamualaikum blogger,


Jom nak sharing sikit, sikit je tak banyak pun. Hehe.

Kenapa rezeki kita alwayz tak cukup? Kenapa rezeki kita alwayz hilang tanpa kita sedar. Tanpa kita sedar means kita kena bayar hutang. Hehe

Kenapa kita rasa macam tu? Sebab nya terletak pada diri kita sendiri. Lihat dan analisa diri kita. Pernah tak kita hulurkan setiap rezeki yang kita dapat pada mak dan ayah kita. Orang tua yang mendidik kita sehingga ada kerjaya.

Mudah kan kita lupakan mereka ni. Insan yang paling penting buat kita buat kita kaya raya. Tanpa mereka apa keberkatan yang kita dapat dalam hidup. Itu salah satu cara menambah rezeki kita. Beri la berapa sahaja, kalau mereka mengeluh cakap sahaja, ini sahaja yang termampu, kalau ada rezeki lagi bulan depan saya kasi lebih ye ibu. In sha allah mereka paham. Jangan la tengking.

Ok yang kedua, pernah tak kita menambah nilai kehidupan orang sekeliling kita, seperti belanja rakan makan ataupun bersedekah. Kenapa dengan semua ni. Korang tau x, d setiap rezeki yang kita perolehi sebenarnya ada rezeki orang lain taw. lagi banyak kita berkongsi, in sha allah lagi banyak yang akan kita dapat dalam keadaan tak sedar.

bak kata omputih, sharing is caring.. Heehehe.

tapi di kala kita duk suka ria dapat gaji tu, jangan lupa simpan sikit, kalau ada emergency, senang. ada simpanan, xde nak susahkan orang lain. tak de susah2 nak meminjam. Ha, kan ke elok gitu.

APA-APA PUN DAPAT REZEKI JANGAN MAKAN SORANG, AJAKLAH TEMAN2..HEHE

mudahkan menjemput rezeki, ala x kisah la nak blanja kawan tu makan apa. makan roti canai ke makan ice cream ke. yang penting ikhlas. Begitu juga dengan bersedekah, berapa pun kita kasi yang penting ikhlas.