Followers

Saturday, March 1, 2014

Nak Manjakan biar berpada...

Pada zaman kini cara dan didikan ibu bapa pada anak2 terlalu rendah. Tak semua ibu bapa nak mendisiplinkan ank dan menghormati orang yang lebih tua dalam erti kata lain kurang di ajar.
Tak tau nak salahkan siapa..ibu bapa atau anak sendiri yang susah nak dengar kata.

Apa yang aku pelajari dan lihat. Anak menegking pada orang yang lebih tua. Dimana silapnya? Kadang2 kita tak boleh nak salahkan ibu bapa. Bila ibu bapa mendisiplin kan anak, nenek/atuk atau penjaga pula yang terlalu memanjakan. Jadi apa yang seharusnya di lakukan?

Aku bukan nak burukkan keluarga aku sendiri tapi apa yang aku lihat, bila aku cuba mengajar atau mendisiplinkan anak buah. Memang bukan tugas aku untuk menegur, tapi kalau korang kat tempat aku, di pukul dan jerit dekat muka kita..adakah itu namanya ber adab? kalau zaman dahulu setiap anak yang kurang di ajar macam ni dah di pukul/ di rotan/ di hukum dan sebagainya tapi kenapa sikap seperti itu dah x ada sekarang?

Mungkin sekarang banyak kes dera kanak2 dan mungkin sebab tu ibu bapa takut untuk bertegas pada anak2 seperti dulu kala. kalau orang dulu2 anak tidak di manjakan dengan barang mainan dan hadiah2 mewah seperti skrg. Mungkin zaman dah berubah dan sebab tu lah ibu bapa harus di hukum sekiranya memukul anak2. bagaimana pula kehidupan ibu bapa dahulu kala? adakah mereka tidak di pukul bila menjadi kanak2 yang degil?

Mungkin kenyataan yang di keluarkan ni akan membuat sesetengah hati ibu bapa terusik. saya cuma nak mengigatkan kembali zaman dahulu. Kalau dulu rotan besar di sediakan oleh cikgu andai pelajar tidak mendengar kata. Kanak2 dulu kala tak suka mengadu benda kecil spt tu sebab apa? sebab kanak2 zaman dahulu kanak2 yang kuat dan tak manja, bila kena pukul dekat tangan atau belakang badan hanya senyap dan menerima dengan hati yang terbuka sebab dorang tau kesilapan yang tlah d lakukan. tapi macam mna dengan kanak2 zaman skrg? adakah sebab di manjakan? ataupun guru2?

No comments: