Followers

Saturday, February 28, 2015

Jom Cari Kunci Ketenangan..

Asslamualaikum bloger2 sekalian.

Siapa stress kat sni??
Woooooohhhhhhh, jangan stress2 ye semua. Jom saya kongsikan sedikit cara untuk menghilangkan stress anda. Bendanya mudah sahaja. Cari kunci ketenangan korang.

Kunci ketenangan..Macam mana???

Anda lihat gambar ini, dan anda imaginasikan anda berada di tempat ini seorang diri, lalu anda merasa tiupan angin sepoi-sepoi bahasa lalu di tepi gegendang telinga anda dan anda tutup mata anda sambil merasakan kehadiran angin tersebut. anda kawal emosi anda, anda kawal rasa stress anda, Anda tarik nafas anda dalam-dalam dan tahan seketika, lepaskan perlahan-lahan. ulangnya sebanyak 3 kali.

Jika anda rasakan kehadirannya, anda sudah berada di dalam gelombang alfa. Gelombang ketenangan. Anda berjaya control sel-sel otak anda.

Kenapa kita boleh rasakannya? Kerana kita mengawal otak kita dan bukan otak yang mengawal kita. Jadi anda kena jadi raja dan otak pulak adalah kuli anda.

carilah ketenangan di saat anda hadapi masalah. Menangislah jika tangisan itu meredakan sedikit rasa sakit dalam hati anda. 

Jangan layankan masalah kerana apabila kita layan, otak dah control diri kita.
Ayuh ke minda positive, jangan cepat menyerah sebelum tahu kedudukan kita d mna.



Aku nak KAHWIN!!!!!

Tu dia status gempak, bagai nak rak, apa pun tarak....
Hehehe...

Pergi rumah sedara, time raya ke kenduri kawen mmg selalu akan kena tanya. " bila nak kawen?" Amboi, soalan panas sampai berkipas-kipas kita. Hehehe.

Jangan marah, kita bawak bincang.
Bagi setiap wanita bujang pasti menginginkan seseorang untuk berada di cc nya. Seseorang lelaki. Lelaki yang bagaimana pulak pilihannya. Lain orang, lain fikirannya.

Ok, jom kita bincang sikit,
Apa tujuan kita nak kawen?
Sebab i luv u, u luv me...hehe. Kalau remaja, "titew dah lama kapel, titew cayunk diew".
Ok, fine...hehehe.

Pernah tak kita pikir bahawa perkahwinan ni tanggungjawap yang sangat besar? Bila kita dh berumah tangga, tanggungjawap seorang ank lelaki pada ibu bapa lebih besar kerana apa? Ank lelaki seharusnya menjaga kedua ibu bapa itu tanggungjawap begitu juga dengan isteri. Beratkan tanggungjawap seorg lelaki. Kenapa berat sebab lelaki dilahirkan utk menjadi ketua dlm sesebuah keluarga.

Ia seperti juga kalau kita menjadi ketua bahagian, ketua kampung, ketua kelas semua berhubung kait dengan ketua kerana apa besarnya tanggungjawap seorang ketua. Sebab tu la jarang jumpa wanita jadi ketua utk lelaki sebab berat dan padat.

Berbalik semula mengenai alam perkahwinan, bila dah kawen mesti nak ada anak. Semua orang nak anak okay. Pergi kenduri lagi mesti akan ada soalan, "dah sebulan kawen ni, dah berisi belum? Bila la kau nak ada ank ni?"

Adoi, dah la tanya bila nak kawen, bila dah kawen tanya pulak bila nak ada ank...pening kepala kita kan. Hehehe...sabar ye sabar jangan cpt mengalah, ujian dan allah berikan kita pahala kerana bersabar dengan soklan cepuk cemas 

Ok bila dah ada anak pulak, makin bertambah besar tanggungjawap kita. Kerana apa? Nak jaga anak, nak jga suami/isteri makan pakai kna ckup. Kalau x ckup rasa2 pening kepala x? Mesti la pening, duit xckup, mcm mna nak buat. Keje pagi ptg siang malam xgak kaya2. Amboi, sampai camtu sekali, bila nak rehatnya tu? Hehe.

Jadi sesebuah perkahwinan tu kena ada tanggungjawap. Tanggungjawap bkn sekadar nafkah zahir dan batin sahaja. Tanggungjawap kepada isteri buat sang suami, tanggungjawap apa? Sebelum kawin, "kau la permaisuri hatiku" kalau kita kata dia permaisuri hti kita, layan spt permaisuri. Tlg jga ank, bantu isteri masak. Siapa kata x macho la tlg isteri kt dapur. Yeke? Tp pada saya gentelman, sebab apa? Tanggungjawap kita. Ada juga yang berkata, takut bini. Hallo cik abg kat luar sna, org yg takut bini ni org yg suka mengata tu sbenarnya. Abis nabi tlg isterinya dkt dapur pun kita panggil nabi takut bini ker?

Heh, terlebih emo pulak. Hehehe. Jadi sebelum kita kawen, pk masak2, jangan main masak2 plk kat dapur tu..kalau nak masak biar sedap, supaya sang suami tertarik dgn masakan kita hri2. Hihi. Yang penting tujuan kita.

OH TUHAN, JAGA DIA UNTUK KU, SELAMA KU MASIH JAUH..

Thursday, February 26, 2015

GAJI!!!APA LAGI!!!

Tu dia, ramai yang duk tunggu2 tapi dia xmau mai...pasai apa??? Hehe jangan stress menunggu gaji ye semua.

Mesti ramai dari kita ni dapat gaji je mesti gaji semua untuk settle bayar hutang. Hutang o hutang..bermacam hutang. bila la nak abis hutang. Kalau tak nak bayar hutang, jangan berhutang. kikiki.

Meh sini, saya nak share sikit tips2 terbaik semasa membayar hutang. Perasan tak tiap kali nak bayar hutang wajah kita berwajah muram kerana duit bakal terbang. Hihi. Penat keje sebulan tapi duit abis sehari je eh. Sabar2.

Jom saya sharing sedikit bagaimana nak menanggani masalah duit bocor ni. Ok, semasa u olls semua duk bayar hutang yang berlambak tu. anda ukirkan senyuman. Kenapa dengan senyuman sebab bila anda senyum, anda redha bahawasanya duit itu memang bukan duit kita. senyum la sikit. bila kita senyum, in sha allah akan ada rezeki lain yang datang tanpa kita duga.

Jom senyum sampai nampak gigi cam uncle ni. Walaupun dia xde gigi tapi masih lagi senyum sampai ke telinga. Happy dia kan.

orang cakap, senyum itu sedekah...Senyumlah 


Saya kembali!!!!!

Assalamualaikum dunia.....
Lamanya rasa tak membloggerkan diri.

Today, menaip lagi. 2 hari yang sukar buat diri ini. Sukar kerana apa? Sendiri cari masalah, now terimalah padah. Kui kui kui. Well, kadang-kadang kita tak pernah pun sedar akan masalah yang datang tanpa di undang. Apa yang kita harus buat, bersedia untuk menerima.

So sekarang, saya belajar. Belajar bagaimana untuk menghadapi masalah dalam keadaan tenang dan tak melatah. Banyak yang saya belajar sejak saya join dunia baru saya. 

Saya cuba menghadapi masalah dengan redha walaupun tangisan tu ada tapi saya masih mampu tersenyum walaupun sebelum ni kalau ada masalah mesti saya fikir susah. Susah untuk selesaikan masalah sebab saya dh mind set dlm kepala saya yang saya tak boleh tanggung masalah ni.

Tapi sekarang saya sedar, saya yang harus kawal otak saya dan bknnya otak yang kawal kehidupan saya. Kalau saya boleh anda pun boleh. Jangan tambah masalah tapi hadapilah ia..