Followers

Wednesday, April 2, 2014

Analisa diri kita!!

Assalamualaikum para sahabat dan blogger2 semua..
Apa kena dengan tajuk post saya kali ni??
Ingat data je ker leh di analisa? diri kita tak yah analisa ewh? ingat dalam diri kita ni xde virus?

Wahahaa..tujuan saya nak suruh korang2 semua analisa diri korang..ataupun saya sendiri ada sebab tertentu..cuba kira berapa ramai kawan yang betul2 kawan? cuba kira pulak berapa ramai yang musuh2 dalam selimut? bukan la musuh cuma tak berapa suka dengan kita..kenapa? Meh saya cerita kisah benar..

Ini kisah tentang diri saya sendiri..dulu saya seorang yang keras hati dan tak mudah terasa dengan apa yang orang cakap dengan saya. sebab apa? sebab saya ada satu sikap, sikap yang buat tak ramai orang suka dengan saya yaitu sifat ingin tau dan menyibuk. opss kenapa sifat tu boleh ada, sebab bukan saya yang cipta, semula jadi ler.. ok, memandangkan sikap ni dah sebati dengan diri saya, saya selalu menyibuk dan menyampuk bila kawan2 lain tengah berborak. padahal tak ada kena mengena pun dengan diri kita. Fuh, payah gak camtukan. So saya kerap menyibuk dan terus menyibuk hinggalah satu tahap kawan saya menegur "menyibuklah dia ni" dengan nada gurau je ok, so saya fikir, semua tu biasa je, tapi sampai la tahap dorang betul2 tak tahan salah seorang berkata pada saya "Boleh tak jangan menyibuk bila orang tengah bercakap?" dari situ saya jadi berfikir, aku ni memang terlalu menyibuk ker?

So bila dah kena macam tu, saya analisa diri saya. saya jadi seorang yang diam dan kurang bertanya andai kawan2 tengah berborak sesama mereka. mungkin rasa terpinggir, tapi lebih baik dari buat orang tak selesa.

Bila saya dah buang sifat ingin tahu dan menyibuk saya tu, saya jadi seorang yang cepat terasa hati. Terasa hati yang macam mna ewh? huhuhu. orang cakap orang yang kuat bergurau ni cepat terasa hati. Betul dah tu. saya mudah terasa hati sampaikan saya diamkan diri satu hari. kenapa 1 hari? sebab esok is esok la..So dengan sikap saya tu saya dapat teguran lagi, dan disitu la saya tau orang memang tak suka dengan sifat saya yang mudah merajuk. kalau merajuk masih nak bercakap tak apa, tapi langsung tak nak bergurau. So dari situ saya analisa dan ubah lagi perangai saya. Saya buang sifat ingin tahu dan menyampuk saya tu, saya buang sifat terasa hati dan kuat merajuk saya tu.

Semua ni saya buat untuk diri saya dan masa depan saya. Bukan saya ubah sebab orang lain. kadang2 kita tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Ada lagi satu sifat yang tak di gemari orang ramai, insyaallah bukan saya la yang ni. Sifat mengata belakang? mengata apa erk? Mesti korang pernah kena nya ataupun??hihihi.. Sifat mengata belakang sangat2 d benci org, sebab apa? sebab bila kita dengan kawan A kita kutuk kawan kita yang B. bila kita jumpa kawan B kita mengumpat pulak hal si A. isy2 kalau A dan B bergaduh, dan akhirnya pecah tembelang, kan dah kita tak ada kawan namanya. So berhati2 dan analisa la balik perangai kita yer.

So, apa2 pun terima kasih kepada semua yang sudi membaca. Kalau ada yang kita boleh ubah, ubah la yer..kalau ada yang kita boleh kurangkan, kita kurangkan la yer..renung2kan.
Salam!!

Monday, March 3, 2014

Coretan sebuah kedukaan

Mungkin hanya aku je yang berusaha untuk terus ceria di hadapan semua orang. Mungkin masalah aku x sebesar masalah org lain. Yer aku faham, umur spt aku ni seharusnya dh berkeluarga..tapi jodoh  dr allah x siapa yang boleh jangka.

Aku cuba untuk jd pendengar yang setia, x melenting dgn org sekeliling andai aku ada masalah. Masih menjaga hti walau dalaman aku terluka..tapi tiada apa yg dapat aku ungkapkan melalui kata2 sebab bila aku berkata-kata aku akan kalah.

Aku bukan la jenis org yg suka mrh2 x menentu mungkin sebab penakut..aku takut..takut kehilngan, takut bersendirian tanpa teman..jd aku terpaksa terima akan apa yg tuhan tlah tentukan buat aku..mungkin selamanya aku akn menjadi seseorg yg suka beralah..itulah ketentuan ilahi utk aku

Saturday, March 1, 2014

Nak Manjakan biar berpada...

Pada zaman kini cara dan didikan ibu bapa pada anak2 terlalu rendah. Tak semua ibu bapa nak mendisiplinkan ank dan menghormati orang yang lebih tua dalam erti kata lain kurang di ajar.
Tak tau nak salahkan siapa..ibu bapa atau anak sendiri yang susah nak dengar kata.

Apa yang aku pelajari dan lihat. Anak menegking pada orang yang lebih tua. Dimana silapnya? Kadang2 kita tak boleh nak salahkan ibu bapa. Bila ibu bapa mendisiplin kan anak, nenek/atuk atau penjaga pula yang terlalu memanjakan. Jadi apa yang seharusnya di lakukan?

Aku bukan nak burukkan keluarga aku sendiri tapi apa yang aku lihat, bila aku cuba mengajar atau mendisiplinkan anak buah. Memang bukan tugas aku untuk menegur, tapi kalau korang kat tempat aku, di pukul dan jerit dekat muka kita..adakah itu namanya ber adab? kalau zaman dahulu setiap anak yang kurang di ajar macam ni dah di pukul/ di rotan/ di hukum dan sebagainya tapi kenapa sikap seperti itu dah x ada sekarang?

Mungkin sekarang banyak kes dera kanak2 dan mungkin sebab tu ibu bapa takut untuk bertegas pada anak2 seperti dulu kala. kalau orang dulu2 anak tidak di manjakan dengan barang mainan dan hadiah2 mewah seperti skrg. Mungkin zaman dah berubah dan sebab tu lah ibu bapa harus di hukum sekiranya memukul anak2. bagaimana pula kehidupan ibu bapa dahulu kala? adakah mereka tidak di pukul bila menjadi kanak2 yang degil?

Mungkin kenyataan yang di keluarkan ni akan membuat sesetengah hati ibu bapa terusik. saya cuma nak mengigatkan kembali zaman dahulu. Kalau dulu rotan besar di sediakan oleh cikgu andai pelajar tidak mendengar kata. Kanak2 dulu kala tak suka mengadu benda kecil spt tu sebab apa? sebab kanak2 zaman dahulu kanak2 yang kuat dan tak manja, bila kena pukul dekat tangan atau belakang badan hanya senyap dan menerima dengan hati yang terbuka sebab dorang tau kesilapan yang tlah d lakukan. tapi macam mna dengan kanak2 zaman skrg? adakah sebab di manjakan? ataupun guru2?

Friday, February 28, 2014

Berita Baik!!!!

Subahanallah, harini saya ada menerima berita yang sangat baik. Harini saya dapat panggilan telefon dari seorang hamba allah dan menyatakan keinginannya untuk saya berjual beli di sebuah kiosk d econsave.
Rasa seperti rezeki allah telah terbuka untuk saya.

Apa2 pun saya kena fikir masak2.. saya kena tengok keadaan kat situ macam mna. andai kata bgus..kena hire pekerja yang boleh di percayai. semoga semuanya berjalan dengan lancar..


Penderma Organ???

Bila dengar tentang penderma organ semua takut..Takut kenapa erk??? Takut kena bedah. potong itu potong ini..hehe. Cam kelakar la. Saya ni seorang yang penakut jarum..saya tak boleh tengok jarum..sebab tu bila kawan2 ajak derma darah time kolej dlu macam2 alasan saya berikan.

Saya mungkin lah x semulia mana. Saya tak bagi apa2 sumbangan pun untuk menolong insan ataupun keluarga seagama saya. Walaupun macam tu, saya tak tau kenapa hatini sedih je bila lihat org yg cacat penghlihatan mencari sesuap nasi untuk makan. Andai kata la suatu hari nanti kalau saya pergi awal dari usia saya..saya nak mata saya ni terus melihat keindahan ciptaan allah. biarlah jasad saya je yang di tanam tp tidak mata saya.

Saya pernah berangan2 untuk dermakan organ saya pda org yg saya syg andai kata mereka ada masalah yang kita sendiri tak akan pasti. Jadi harini saya buat keputusan untuk menjadi penderma organ bila saya dah tak bernyawa nanti.Sekurang2nya saya masih dapat mencari pahala dan keredhaan d sisi allah.

Saya dah jauh tersesat dan saya nak kembali padanya. Biarlah saya bukan org yg terdekat dan paling hampir d sisi allah..tapi saya nak jadi antara orang yang masih dapat mencari jalan untuk terus hampir dengan allah. Semoga doa saya termakbul. itu je cara untuk saya kekal tenang di atas muka bumi ni..

Semoga d permudahkan segala urusan.. Amin

Cemburu itu normal..tapi harus kawal..

Cemburu..siapa yang tak ada perasaan cemburu..semua orang ada perasaan tu. Klau tak ada bukan lah manusia..Betul tak? Tapi di sebabkan cemburu jugaklah menyebabkan sesuatu perhubungan itu menjadi renggang.


Dulu, aku tak pernah kenal apa itu cemburu yang mendalam. Mungkin fikiran aku hanyalah untuk mencari kasih sayang seseorang. Hari demi hari perasaan itu timbul sampai aku sendiri tak dapat kawal. Tapi aku tahan demi menjaga hati orang yang aku sayang. Sampai suatu hari, aku hilang pegangan aku lepaskan segala rasa cemburu aku dan aku buat keputusan untuk tinggalkan orang yang aku syg.

Semakin hari aku melihat dia bahagia, semakin hari aku terluka. Bak kata orang telajak perahu boleh berundur, telajak kata? Aku sepatutnya bahagia dan gembira sebab dia dh bahagia. tapi semakin aku melihat dia bahagia..aku semakin sakit. namun semua penyesalan berlalu walaupun susah nak lawan. Kini aku temui pengganti..

Pengganti?? ingat senang ke nak bendung perasaan cemburu tu..susah tau x? lagi2 kalau dah dekat..tp setiap kali aku cemburu..aku pergi menghadap ilahi dan aku pasrahkan diri di hadapannya agar dia kurangkan perasaan itu. Aku berdoa agar allah buang perasaan tu..tapi kita hanya manusia.

Ini lah balasan yang aku patut terima, sekarang aku dah paham knp ia benar2 cemburu..dan aku rasa apa yang dia rasa. memang x mudah nk bendung perasaan tu..lebih2 lagi kalau kita selalu jumpa. I have to face it right?

Redha dan pasrah..aku akan laluinya dengan sabar. Semoga allah terus membawa aku terus ke jalan yang d redhainya.