Followers

Thursday, March 28, 2013

Di lema wanita: SAYA NAK GEMUK!! SAYA PULAK NAK KURUS!!


Assalamualaikum semua.

Harini saya nak bercerita sikit pasal dilema kaum wanita. Ramai kaum malaysia dekat dalam malaysia je la kita citer erk. Kebanyakkan kaum wanita yang kita jumpa selalu kata, saya nak kurus. Tengok badan saya ni, lemak sana, lemak sini. Pening kepala nak kurangkan lemak ni. Apa nak buat? Diet dah sampai jatuh sakit. Masuk hospital. Amboi, itu diet yang teruk tu.

Pernah tak korang dengar, "Aku nak gemuk la, makan dah banyak pun masih lagi tak gemuk2 macam mana ni?" Amboi...orang lain semua nak kurus, yang kurus nak gemuk pulak. Saya pernah dengar seorang rakan saya merungut dengan bentuk badannya yang kelihatan tak berapa cantik kerana terlalu kurus. Bak kata pepatah, "Di tiup angin pun boleh tumbang" Ini pepatah saya sendiri la. Badan seorang rakan saya ni terlalu kurus. Dia begitu kuat makan, namun sukar untuk menjadi gemuk.

Korang rasa sebab apa perkara ni jadi? Korang rasa orang kurus yang korang tengok kat luar sana tak ada penyakit ker? Jangan ambil ringan ye wahai kaum2 hawa. Selalunya orang yang kurus la paling banyak penyakit. Penyakit apa yer? Mari saya rungkaikan.

Penyakit pertama yang berkemungkinan orang kurus boleh dapat:

OSTEOPOROSIS.
Penyakit apa ni erk? Ini adalah penyakit tulang, dalam badan kita ni mempunyai 1 hormon yang di panggil Estrogen. Estrogen ini mempengaruhi pembentukan tulang. Kalau estrogen ni tak ada, tulang akan mudah rapuh. korang ingat penyakit ni tak bahaya ker? Kalau korang jatuh sakit pun boleh menyebabkan kematian. Macam mana plak leh sebabkan kematian ye? kalau tulang dalam badan rapuh dan patah, tak ke korang rasa bahaya? Hati-hati ye kaum hawa. Jadi, inilah salah satu kecenderungan orang kurus yang mungkin kekurangan estrogen seba BMI yang kurang.

Itu baru satu penyakit yang saya citer. Ada lagi kebarangkalian penyakit yang di hadapi orang kurus.

DIABETES.
Apa??Diabetes? buat lawak ke apa? Amboi, ini bukan lawak ye, korang ingat orang gemuk je ker ada Diabetis? Orang kurus pun boleh menghidap penyakit ni tau, macam mana? cuba korang kurus, korang rasa rajin tak nak bersukan atau pergi checkup selalu. Malas kan? Bila dah jadi macam ni, biasanya korang akan cenderung kepada penyimpanan lemak2 dekat tempat lain. Tempat lain? kat mana ewh? Contohnya, dalam organ dalaman kita macam jantung dan juga hati. Sebab itulah orang2 kurus ini akan cenderung pada heart attack atau diabetes. Jaga2 ye kaum hawa.

Ok, ini last penyakit yang saya dapat.

REPRODUCTION PROBLEMS
Penyakit ni amat menakutkan sikit dimana orang yang terlalu kurus ni cenderung mengalami masalah menstrual yang tak menetu atau terhenti. Tak kurang juga dorang akan mengalami keguguran pada trimester pertama. Bahayanya!!!

Jadi pada orang kurus, jagalah kesihatan ye. Mari cuba corset premium beatiful. Bukan orang gemuk je yang pakai. Orang kurus pun boleh pakai. Kita jual ikut saiz, bukan ikut suka ye kaum hawa. Mari hidup sihat.

No comments: