Followers

Thursday, April 11, 2013

Nak Kurus, Nak tampil menawan. Program pelangsingan?

Semua wanita inginkan badan yang langsing. Tapi lansing je tak mencukupi, kerana bila kita nampak terlampau langsing. Badan kita tak akan nampak seperti exclusive. Ramai wanita malaysia sanggup berhabis duit untuk ke spa-spa kecantikan, pergi ke tempat yang menawarkan program pelangsingan dalam beberapa bulan. Berapa pula ye kita menghabiskan duit untuk ke tempat-tempat seperti itu?

Jika kita sekali pergi, kita mungkin di tawarkan perkhidmatan percuma untuk program pelangsingan badan. Bagaimana seterusnya? adakah masih lagi percuma. Cuba kita pikirkan, tidak ada yang percuma dalam dunia ini melainkan kita menyembah yang maha esa. Cuba pikir, kita nak masuk tandas2 awam pun masih perlu berbayar. Bagaimana pula makan, minum tempat tinggal? Jika yang tinggal di atas tanah dan rumah sendiri pasti semua itu percuma, namun bagaimana pula yang menyewa?

Berbalik kepada program pelangsingan badan yang saya ura-urakan pada awal tadi. Jika sekali kita pergi menyertai program ini kita akan di berikan jadual untuk datang semula untuk menyertai program ini. Tapi, adakah masih percuma? Mestilah tidak, kita akan di tawarkan untuk membayar secara ansuran. Mungkin ansuran sebanyak rm200 sebulan. dan mereka tawarkan selama 12bulan rawatan pelangsingan. kalau 12xrm200= rm2400. Wah, nampak macam sangat murah kan?

Apa pula terjadi selepas program pelangsingan ini tamat? adakah kita akan kekal langsing? mesti dorang akan memberitahu kita perkara yang harus kita lakukan. Berpantang makan adalah perkara asas yang perlu kita lakukan. Sekiranya kita tidak melakukan atau melanggar peraturan? apa akan terjadi? Membazir ataupun tidak duit yang telah kita habiskan untuk menyertai program tersebut?

Pada saya, saya lebih menyesyorkan anda untuk memakai corset premium beautiful. Harganya mungkin anda selalu fikirkan mahal. Tetapi cuma anda bezakan antara korset ini dan juga program pelangsingan yang anda sertai.

Yang mana satu akan anda pilih?

No comments: