Followers

Wednesday, March 4, 2015

Pengalaman Itu Paling Berharga

Assalamualaikum semua blogger,
Sihat ke anda? ceria tak anda??
Hehe, Menyapa dulu baru la nak berlagu.

Kenapa saya kata pengalaman itu paling berharga? Kerana pengalaman itu yang mendewasakan kita.
Sebut pasal pengalaman ni, teringat masa saya buka kedai kecil-kecilan dan sewa tapak pun dalam RM20, masa tu berniaga kek je, buat kek lepas tu jual dekat gerai kecil.

Gerai tu dalam salah sebuah shopping complex. Nama xperlu sebut la, nnt jadi masalah besar. Di chop plak anti dengan semua tu. Jadi saya bermula dengan online, tapi biasa la kalau online kan ada pasang surut. Kadang-kadang tu ada la ramai yang nak kadag2 langsung xde. So apa yang saya perlu lakukan, saya terpaksa buka booth, yela tak kerja, gaji pun xde. Amik keputusan cari duit lebih melalui situ dan pulak kalau kek ni cepat sgt la xpired date nya..2 minggu je dah x boleh makan. so kna la cepat2 abiskan.

Nak di jadikan cerita, adalah dalam 1 hari ni, datang awal pagi setiap ahad, kita tiada tempat tetap, mna ada meja kosong sambar kan aje, So tersambar la 1 meja kosong depan kedai, ini pun yang sediakan pihak shopping complex. kita tak tau sebab baru-baru nak bermula. Datang orang kedai ni, ibarat macam tak berpuas hati sebab kami duduk betul2 depan kedai dia. Rupanya meja tu dia yang nak sewa. Tak boleh nak cakap baik-baik ibarat macam nak bergaduh je menghalau. Saya dan adik pun tak banyak bercakap, sebab tak tahu menahu, jadi kami pindahkan meja tu kedepan dan ke tepi sikit supaya tak menghalang kedai tersebut.

Dari situ, saya faham, bukan mudah nak berniaga jika tiada ilmu. bukan mudah nak berniaga jika tiada pengalaman. Jadi saya dah dapat 1 pengalaman yang paling berharga sbenarnya dan saya ingat sampai sekarang

Sebab tu la pengalaman itu mengajar kita menjadi lebih dewasa...
Pengalaman bukan melunturkan semangat, tapi menaikkan semangat


No comments: