Followers

Wednesday, March 4, 2015

DALAM REZEKI KITA ADA REZEKI ORANG LAIN

Assalamualaikum blogger,


Jom nak sharing sikit, sikit je tak banyak pun. Hehe.

Kenapa rezeki kita alwayz tak cukup? Kenapa rezeki kita alwayz hilang tanpa kita sedar. Tanpa kita sedar means kita kena bayar hutang. Hehe

Kenapa kita rasa macam tu? Sebab nya terletak pada diri kita sendiri. Lihat dan analisa diri kita. Pernah tak kita hulurkan setiap rezeki yang kita dapat pada mak dan ayah kita. Orang tua yang mendidik kita sehingga ada kerjaya.

Mudah kan kita lupakan mereka ni. Insan yang paling penting buat kita buat kita kaya raya. Tanpa mereka apa keberkatan yang kita dapat dalam hidup. Itu salah satu cara menambah rezeki kita. Beri la berapa sahaja, kalau mereka mengeluh cakap sahaja, ini sahaja yang termampu, kalau ada rezeki lagi bulan depan saya kasi lebih ye ibu. In sha allah mereka paham. Jangan la tengking.

Ok yang kedua, pernah tak kita menambah nilai kehidupan orang sekeliling kita, seperti belanja rakan makan ataupun bersedekah. Kenapa dengan semua ni. Korang tau x, d setiap rezeki yang kita perolehi sebenarnya ada rezeki orang lain taw. lagi banyak kita berkongsi, in sha allah lagi banyak yang akan kita dapat dalam keadaan tak sedar.

bak kata omputih, sharing is caring.. Heehehe.

tapi di kala kita duk suka ria dapat gaji tu, jangan lupa simpan sikit, kalau ada emergency, senang. ada simpanan, xde nak susahkan orang lain. tak de susah2 nak meminjam. Ha, kan ke elok gitu.

APA-APA PUN DAPAT REZEKI JANGAN MAKAN SORANG, AJAKLAH TEMAN2..HEHE

mudahkan menjemput rezeki, ala x kisah la nak blanja kawan tu makan apa. makan roti canai ke makan ice cream ke. yang penting ikhlas. Begitu juga dengan bersedekah, berapa pun kita kasi yang penting ikhlas.

No comments: