Followers

Tuesday, March 17, 2015

Sambil Menyelam Minum Air

Assalamualaikum semua,

Fuh, lamanya x update blog. Rindu saya x ni?? Hehe.

Beberapa hari lepas, gamat sikit hari saya sebab apa? Sebab kena pergi terengganu menghantar sepupu sambut menantu kat kerteh terengganu. So kiranya sambil menyelam minum air la deh. Hehe.

Perjalanan kami bermula pada pukul 10 malam dan sampai pada 11.30 pagi di rantau panjang, perh patah pinggang tu..Mau tak nya dekat 12 jam kat bas sahaja, tido dekat bas makan dalam bas, sib baik la mandi kt rumah penginapan, melampau benar tu kalau mandi pun dalam bas. Haha, jangan marah.

So kalau dah singgah rantau panjang, apa lagi kan?? Jadi huru hara jap kehidupan, mana tak nya, kan orang datang rantau panjang untuk bershopping. Memang gila2 la kalau makcik2 ni bershopping. sampai penuh bas tu d buatnya. haha
Seronok sebenarnya tengok dorang ni shopping, tak pikir duit terbang banyak, yela dah makan angin kan. apa lagi, shopping tu menjadi keutamaan. 

Settle shopping kat rantau panjang, kita org gerak g homestay, itu pun amik masa 2 jam jugak perjalanan, pukul 4 petang baru sampai. Bayangkan berapa lama dalam bas. Memang penat la sesangatkan. Hehe. Tapi itu pun plan yang sebenar lepas rantau panjang nak ke pasar payang kuala terengganu, tapi driver dah penat. cancel semua. apa pun tak leh. Xdpt la nak beli kepok ganu wey....

Tapi, tenang sekejap hati melihat pemandangan belakang rumah dekat homestay. 
gambar tak di edit ye. Indahkan ciptaan allah ni. Time ni pukul 7 ke atas, matahari nak terbenam dah.

Al kisahnya, sejak tengah hari belum makan tengah hari lagi, dah cancel nak ke pasar payang, tak d inform awal2. pening2. dah yang mengikut kebanyakkan orang tua2. sian perut dah masuk angin, kol 9 malam baru sampai makan malam. ha tu dia, sampai kol 9 malam puasa nya. Sib baik lah belah lelaki ada anta makan. kalau x nak makan camner? orang drebar bas dh lari cari hotel..apa daaaaa...

So hari ahad gerak nak ke majlis sambut menantu, selfie dlu la yew...

saje nak try jadi model. mana la tau kot2 dapatkan. kekeke.

So kol 12 gerak dah tapi sebelum bergerak tu pujuk abe drebar bas tu, nak jugak ke terengganu, tlg la bang, nak beli kepok ganu ni...huk huk, sebab kepok ganu lebih ikang. hehehe. jangan marah deh org ganu. Driver bas tu sebenarnya tak nak, nak gak balik ikut gua musang, aisy pelik nya, saya customer, dah bayar kot duit. bukan percuma, dah kenapa tak nak ikut ckp customer alwayz right ni??

puas duk pujuk, semua pun pakat gak nak ke terengganu, semuanya nak cari keropok ganu ni....abg bas tu ckp, tengok dlu la ye. alasannya, takut esok ada yang keje. saya pun keje jugak tapi ok je???
ermmm layanzzzzzzz

share gambar selfie sikit. hehehhe. mana pengantin perempuan, kenapa mereka semua ni..hahha..kaki selfie beb. biasa la tu kan..

selesai majlis, kol 1.30 dah cabut dari rumah pengantin. semuanya nak cepat sebab nak kejar pasar payang. hahaha. Tak menyabar betul mereka semua kalau bab2 shopping ni kan. 

Ok dah dapat gerak cepat, so jadi la ke pasar payang kuala terengganu, fuh berpeluh duk pujuk. mau tak berpeluh tengah panas terik duk pujuk. hahaha. akhirnya, dapat la jugak ke sana.
yahooooooo....ni la dia idaman kalbu. sodap sebab rangup bila d goreng.

memang sangat2 mencabar mentaliti sebab lebih dalam bas je. Jalan cuma sekejap. tapi memang ada plan nak visit again terengganu bulan may nnt sempena cuti hari pekerja kan. in sha allah, semoga semua berjalan dengan lancar. itu la pengalaman dan kenangan.
jumpa lagi la ye ganu. rindu ke awok..kalau dulu selalu mari ganu. sekarang payoh dah..



No comments: